Threat Roundup for October 9 to October 16
October 18, 2020
Microsoft, MDEC and MaGIC to nurture Malaysia’s next tech unicorns
October 20, 2020

Surface Pro X Baharu kini boleh didapati di Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2020 – Microsoft hari ini mengumumkan bahawa Surface Pro X yang telah dikemaskinikan sudah boleh didapati di Malaysia menerusi wakil penjual sah komersial dan peruncit sah pada harga bermula daripada RM 6,999.

Edisi terkini Surface Pro X menawarkan konfigurasi baharu yang termasuk pemproses tersesuai generasi akan datang Microsoft dan kemasan Platinum baharu[1], selain pengalaman aplikasi baharu, yang menambah hayat bateri dan meningkatkan prestasi bagi semua peranti Surface Pro X.

“Kami memperkenalkan Surface Pro X pada bulan Oktober lepas, untuk menguji batasan prestasi sebuah peranti 2:1 yang sentiasa terhubung, sangat ringan dan amat nipis,” kata Michal Golebiewski, Pegawai Pemasaran & Operasi Microsoft Malaysia. “Pada tahun ini, kami membawakan kemas kini terbaharu kepada Surface Pro X di Malaysia. Ini termasuk pengalaman aplikasi baharu, prestasi lebih tinggi dan kemasan platinum baharu, sekali gus menjanjikan pengalaman luar biasa bagi mereka yang perlu kekal terhubung, produktif dan kreatif pada bila-bila masa.”

Microsoft Surface Pro X

Bagi pelanggan yang mahukan lebih kuasa, Microsoft telah menambah baik SKU Surface Pro X utama dengan memperkenalkan pemproses Microsoft SQ® 2 serba baharu – pemproses paling canggih dalam kelasnya – dan kemasan Platinum baharu.

Surface Pro X menjanjikan pengalaman berasaskan web terbaik bagi Microsoft 365, Microsoft Edge, Netflix, Spotify dan banyak lagi, sambil menyokong beribu-ribu aplikasi Windows seperti Google Chrome, Firefox, dan Whatsapp. Kini momentum rakan-rakan aplikasi utama[2] mengguna pakai Windows berlandaskan ARM semakin ketara, dengan mengambil kesempatan daripada kuasa dan prestasi Microsoft SQ®1 dan SQ®2 untuk membawakan pengalaman serba baharu kepada semua pelanggan Surface Pro X.

Microsoft Edge dan Microsoft Teams kini juga dirangka supaya lebih pantas sambil menggunakan kuasa bateri lebih rendah dengan versi baharu dioptimumkan untuk Windows berlandaskan ARM, dengan rancangan untuk melanjutkan sokongan bagi pengendalian aplikasi x64[3].  Bagi syarikat pembangun perisian, kod Visual Studio juga telah dikemaskinikan dan dioptimumkan untuk Windows berlandaskan ARM. Hasilnya ialah prestasi keseluruhan lebih pantas dan hayat bateri lebih panjang dengan Surface Pro X kini mempunyai hayat bateri[4] sehingga 15 jam bagi kedua-dua konfigurasi.

Surface Pro X ialah peranti 2 dalam 1 yang paling nipis dan terhubung. Capaian kepada lebar jalur yang pantas dan boleh dipercayai untuk menyokong pembelajaran dan pekerjaan jarak jauh bagi berbilang pengguna dalam satu isi rumah menjadi cabaran yang dihadapi ramai orang. Dengan daya sambungan ultra pantas Gigabit LTE[5], pengguna Surface Pro X sentiasa akan mempunyai sambungan terus atas permintaan.

Surface Pro X baharu boleh didapati mulai 13 Oktober 2020 menerusi wakil penjual sah komersial seperti SoftwareONE and Prestariang Systems Sdn Bhd, dan juga peruncit sah seperti All IT, Gloo by SNS, Harvey Norman, Lazada-Microsoft flagship store, PC Image, Senheng, Shopee-Microsoft flagship store dan TMT by Thundermatch.

 Surface untuk Perniagaan

Peranti Surface untuk Perniagaan menyediakan pengalaman dan ciri khusus yang dibina khusus untuk pelanggan komersial, termasuk keselamatan taraf perusahaan dan pengurusan moden terutamanya dengan Autopilot, Surface Enterprise Management Mode (SEMM) dan Microsoft Intune. Sistem Windows 10 Pro disediakan sebagai standard bagi peranti Surface untuk Perniagaan, menawarkan ciri-ciri keselamatan sedia terbina dan pengurusan yang membolehkan pelanggan kami memberi tumpuan menguruskan perniagaan masing-masing. Di samping jaminan perkakasa) standard, Surface untuk perniagaan diberi jaminan Tukaran Lanjutan percuma – satu jaminan yang menyediakan khidmat penggantian peranti dipercepatkan, tanpa sebarang kos. Untuk maklumat lanjut tentang Surface Pro X untuk perniagaan, pelanggan komersial boleh menghubungi wakil penjual komersial tempatan mereka.

Microsoft Surface Pro X in Malaysia

Harga Runcit Disyorkan

Surface Pro X dan aksesorinya boleh didapati dalam konfigurasi berikut di Malaysia:

Model Harga Runcit Disyorkan (RM)
Surface untuk Pengguna Surface untuk Perniagaan
Surface Pro X Baharu
Microsoft SQ2, 16GB RAM, 256GB SSD RM6,999 RM7,205
Microsoft SQ2, 16GB RAM, 512GB SSD N/A RM8,547
(Didapati dalam warna Hitam melalui peruncit sah untuk pengguna, dan warna Platinum dan Hitam melalui penjual sah untuk perniagaan)
Aksesori
Papan Kekunci Surface Pro X Signature RM670 RM670
Surface Slim Pen untuk Surface Pro X RM660 RM660
Papan Kekunci Surface Pro X Signature dengan Slim Pen RM1,310 RM1,310
(Hanya didapati dalam warna Hitam melalui peruncit sah untuk pengguna dan penjual sah untuk perniagaan)

Microsoft Surface Pro X and Accessories

[1] Warna yang tersedia mungkin berbeza-beza mengikut pasaran.

[2] Kesemua perisian, aplikasi dan aksesori dijual secara berasingan. Ketersediaan aplikasi dan kompatibiliti mungkin berbeza.

[3] Pada masa ini, Surface Pro X tidak akan memasang aplikasi 64 bit yang tidak dialihkan kepada ARM64, sesetengah permainan dan perisian CAD, serta sesetengah pemacu pihak ketiga atau perisian antivirus. Aplikasi 64 bit baharu menggunakan ARM 64 setiap masa. Ketahui lebih lanjut dalam Soalan Lazim.

[4] Sehingga 15 jam hayat bateri berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. (Surface Pro X dengan Microsoft SQ® 1 dan Surface Pro X dengan Microsoft SQ® 2) 2020 menggunakan perisian praproduksi dan konfigurasi praproduksi Surface Pro X. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan campuran penggunaan aktif dan siap sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses 8 laman web yang popular melalui tab berbilang terbuka, (2) ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, dan (3) sebahagian masa diberikan untuk peranti digunakan dengan aplikasi terbiar. Diuji dengan Versi Windows 10.0.19041.1 (20H1) dan Edge versi 85.0.564.51. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri ketara berbeza dengan tetapan, penggunaan dan faktor lain.

[5] Ketersediaan perkhidmatan dan prestasi tertakluk kepada rangkaian pembekal perkhidmatan. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk butiran, keserasian, harga, kad SIM dan pengaktifan. Lihat semua spesifikasi dan frekuensi di Surface.com.

The post Surface Pro X Baharu kini boleh didapati di Malaysia appeared first on Microsoft Malaysia News Center.