The Rise of Resilience – Security in 2021 and Beyond
May 20, 2021
Doubling Down on San Francisco: Hello 300 Mission!
May 21, 2021

Censof dan Microsoft berganding bahu giatkan transformasi digital sektor awam di Malaysia

Gambar utama: K Raman (kiri), Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, bersama dengan Ameer Shaik Mydin, Pengarah Urusan Kumpulan Censof di majlis pelancaran Bersama Malaysia.

Kuala Lumpur, 20 Mei 2021 – Censof Holdings Berhad (“Censof” atau “Kumpulan”), sebuah syarikat pegangan teknologi yang mengkhusus dalam penyelesaian perisian pengurusan kewangan telah  diumumkan sebagai satu daripada rakan kerjasama Microsoft untuk menggiatkan lagi transformasi digital dalam beberapa industri penting Malaysia, termasuk sektor awam.

Di bawah kerjasama ini, Censof akan berganding bahu dengan Microsoft untuk membekalkan sistem Perancangan Sumber Kerajaan (GRP), yang akan dikendalikan menggunakan Microsoft Azure, untuk memenuhi keperluan Kerajaan dan sektor awam yang kian berubah. Sistem GRP tersebut, sebuah sistem pengurusan kewangan yang fleksibel dan boleh diskala, mengubah sama sekali masa depan perancangan sumber bagi orang awam di Malaysia sambil membolehkan Kerajaan menyediakan perkhidmatan awam yang lebih baik dengan tahap kebertanggungjawaban dan ketelusan yang lebih tinggi kepada orang ramai.

“Kemampuan Censof untuk mencapai mercu jaya penting ini bersama Microsoft sekali gus membuktikan usaha kami untuk membantu melaksanakan transformasi digital negara kita. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk mengukuhkan kedudukan Censof sebagai peserta penting untuk menyediakan penyelesaian perisian yang cekap kepada kementerian dan agensi kerajaan. Kami akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan dengan teknologi inovatif dan mempelopori inovasi dan memanfaatkan pengalaman, pengetahuan dan keupayaan kami untuk mereka cipta dan menyediakan penambahbaikan kepada produk dan penyelesaian yang menyokong dan mendorong inisiatif Microsoft “Bersama Malaysia”. Saya juga menghargai sokongan daripada Crayon untuk memastikan inisiatif luar biasa ini membawa kesan positif kepada negara kita,” kata Ameer Shaik Mydin, Pengarah Urusan Kumpulan Censof.

Sejajar dengan matlamat pendigitalan Malaysia, usaha sama ini bakal menyaksikan sistem GRP terkemuka Censof disepadukan dengan Microsoft Azure dan teknologi data lain. Dalam Kerajaan Malaysia memberikan komitmen untuk memulakan usaha mencapai aspirasi digitalnya, sistem GRP Censof bersedia untuk menyumbang kepada kemajuan teknologi secara lebih meluas bagi sistem perancangan sumber kerajaan yang akan membawa kesan positif kepada keupayaan kerajaan Malaysia memaksimumkan sumber dan mempengaruhi cara industri lain mengendalikan perniagaan pada masa depan.

Usaha sama antara Censof dan Microsoft dijayakan dengan sokongan dan bantuan Crayon – sebuah syarikat global dalam perkhidmatan transformasi digital, dan merupakan salah satu daripada Penyedia Perkhidmatan Terurus Microsoft Azure yang berakreditasi. “Pemilihan sebagai rakan kerjasama Censof untuk projek ini adalah satu penghormatan besar bagi kami. Kami komited untuk menggalakkan pertumbuhan rakan kerjasama  kami, dan menambah nilai dengan menyediakan perkhidmatan menyeluruh dan sokongan premium yang akan meningkatkan penggunaan dan prestasi optimum,” kata Harith Ramotheram, Ketua Pegawai Eksekutif, Crayon Malaysia dan Indonesia.

Hubungan ini mencerminkan komitmen bersama Censof untuk menyokong inisiatif “Bersama Malaysia” Microsoft bagi menggiatkan lagi  transformasi digital negara membabitkan sektor awam dan swasta.

“Microsoft beriltizam dalam menyokong cita-cita MyDigital Malaysia dan memperkasakan lagi ekonomi digital terangkum negara menerusi kerjasama kukuh dengan jaringan rakan-rakan kerjasama kami. Kerajaan Malaysia telah menggariskan strategi Mendahulukan Digital dan Mendahulukan Awan bagi sektor awam, dan kami berharap untuk bekerjasama rapat dengan Censof untuk membantu mencapai matlamat digital negara, dengan Microsoft Azure sebagai teknologi asas yang dipercayai bagi Malaysia,” kata K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia.