More than two-thirds of Malaysian employees want flexible remote work to stay, Microsoft research reveals
May 10, 2021
Threat Explainer: Supply Chain Attacks
May 10, 2021

Lebih dua pertiga kakitangan di Malaysia mahu kerja jarak jauh fleksibel dikekalkan, menurut kajian Microsoft

Kajian Indexs Trend Kerja Microsoft mengenal pasti 7 trend kerja hibrid baharu di Malaysia

Malaysia, 10 Mei 2021 – Kajian terbaharu oleh Microsoft mendapati bahawa pemimpin perniagaan di Malaysia tidak seharusnya menganggap aturan kerja secara hibrid sebagai urusan biasa perniagaan, dan perlu mengkaji semula andaian lama untuk menentukan kaedah kerja masa depan. Sebagai contoh, kebanyakan pekerja di Malaysia mahu kerja fleksibel diteruskan, biarpun mereka mahu lebih banyak masa untuk pertemuan bersemuka dengan rakan sekerja mereka. Tambahan lagi, lebih separuh daripada tenaga kerja tempatan rasa mereka terlalu banyak dan penat bekerja, lantas meningkatkan risiko kelesuan dalam kalangan kakitangan, lebih-lebih lagi dengan batas yang semakin kabur antara waktu bekerja dan waktu berehat.

Penemuan tersebut merupakan antara hasil kajian ke atas kakitangan tempatan yang diumumkan oleh Microsoft dalam Indeks Trend Kerja tahunan pertamanya bertajuk “The Next Great Disruption is Hybrid Work – Are We Ready?(Gangguan Besar Seterusnya Ialah Kerja Hibrid – Adakah Kita Sudah Bersedia?). Laporan tersebut meninjau lebih daripada 30,000 kakitangan di 31 negara termasuk 1,000 pekerja di Malaysia, dan menganalisis bertrilion isyarat produktiviti dan buruh agregat daripada data Microsoft 365 dan LinkedIn. Antaranya termasuk perspektif daripada pakar-pakar yang telah mengkaji bidang kerjasama, modal sosial dan reka bentuk ruang  di tempat kerja selama berdekad-dekad.

WTI 1

Sambil syarikat-syarikat perniagaan tempatan terus menyesuaikan diri dengan cara kerja baharu, Indeks Trend Kerja telah mengenal pasti 7 trend baharu di Malaysia yang akan membentuk dunia kerja hibrid.

  1. Kaedah kerja fleksibel akan diteruskan: Kakitangan mahu memanfaatkan kelebihan kedua-dua kaedah kerja. Seramai 77 peratus pekerja di Malaysia yang ditinjau selidik mahu meneruskan kaedah kerja jarak jauh fleksibel, dan 75 peratus mahukan masa bersemuka lebih lama dengan pasukan mereka. Sebagai persiapan, pemimpin perniagaan (62 peratus) di Malaysia mempertimbangkan keperluan untuk menyusun semula ruang pejabat untuk kerja hibrid.
  2. Pemimpin perlu terus berhubung dengan kakitangan: Separuh daripada pemimpin perniagaan  yang ditinjau selidik dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dalam keadaan semasa berbanding kakitangan. Kajian mendapat 46 peratus daripada pemimpin di Malaysia berkata mereka “berdaya maju” sekarang – 16 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tiada kuasa untuk membuat keputusan.
  3. Produktiviti yang tinggi menyelindungi keletihan pekerja: Produktiviti yang dinilai sendiri kekal sama atau lebih tinggi bagi banyak pekerja sepanjang tahun lalu. Walau bagaimanapun, ianya telah menjejaskan semangat pekerja. 58 peratus daripada pekerja di Malaysia rasa terlalu banyak dan penat bekerja, susulan peningkatan ketara permintaan terhadap pekerja dalam kebelakangan ini.
  4. Gen Z menghadapi risiko dan mereka perlu diberi semangat baharu: 69 peratus daripada generasi ini di Malaysia  — iaitu golongan yang berumur antara 18 dan 25 tahun — berkata mereka hanya “bertahan” atau sedang “mengalami kesulitan”. Gen Z kemungkinan besar berstatus bujang dan berada di peringkat awal kerjaya, menjadikan mereka lebih terdedah kepada rasa kesunyian, sukar mencari motivasi di tempat kerja, atau kurang sumber kewangan untuk menyediakan ruang kerja yang sesuai di rumah.
  5. Jaringan insan yang semakin kecil menjejaskan inovasi: Pasukan kerja kini lebih terpisah dalam dunia kerja digital. Trend agregat yang dilihat daripada berbilion mesyuarat Microsoft Teams dan e-mel Outlook mendapati interaksi dengan ahli pasukan sendiri atau hubungan terdekat semakin kukuh dengan penghijrahan kepada kerja jarak jauh. Bagaimanapun, interaksi di luar pasukan, atau jaringan luaran, semakin lemah. Seramai 38 peratus daripada pekerja di Malaysia kurang berinteraksi dengan rakan sekerja ekoran penghijrahan kepada kerja jarak jauh.
  6. Menyerlahkan keperibadian diri akan meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan: Rakan-rakan sekerja bergantung kepada satu sama lain untuk mengharungi cabaran pada tahun lepas. Sesetengah pekerja di Malaysia telah menangis bersama rakan sekerja (22 peratus), dan yang lain pula telah bertemu dengan haiwan peliharaan (14 peratus) atau keluarga (26 peratus) rakan mereka dalam dunia maya. Peningkatan interaksi seperti ini membolehkan 44 peratus pekerja di Malaysia merasakan mereka boleh menyerlahkan keperibadian sebenar semasa bekerja tahun ini.
  7. Bakat ada di mana-mana dalam dunia kerja hibrid: 47 peratus daripada mereka yang ditinjau selidik di Malaysia merancang untuk berpindah ke lokasi baharu tahun ini. Ini menunjukkan bahawa orang ramai tidak perlu meninggalkan meja, rumah atau komuniti untuk meluaskan peluang kerjaya. Kesannya ialah 45 peratus daripada pekerja dan 57 peratus daripada Gen Z di Malaysia mungkin meninggalkan majikan mereka pada tahun ini.

“Pandemik ini telah membuktikan bahawa organisasi-organisasi boleh dan patut mempercayai kakitangan mereka untuk bekerja secara produktif di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Dengan hampir semua sektor ekonomi utama dibuka semula di Malaysia, para pemimpin berpeluang untuk menyusun strategi tempat kerja hibrid yang menggabungkan aspek terbaik dalam tempat kerja digital dan fizikal. Ini termasuk pemerkasaan insan dengan fleksibiliti dan autonomi kerja jarak jauh sambil membolehkan pergaulan insan yang amat penting dengan rakan-rakan sekerja dan pelanggan secara bersemuka,” kata Michal Golebiewski, Ketua Pegawai Pemasaran & Operasi, Microsoft Malaysia.

“Pelaksanaan budaya kerja hibrid yang berkesan memerlukan sesebuah organisasi untuk mencuba jaya dan menambah baik proses dalam jangka panjang. Kesejahteraan kakitangan seharusnya memacu strategi ini dan memerlukan organisasi menilai semula andaian jangka panjang. Ianya penting memandangkan kesannya terhadap pertumbuhan dan keupayaannya memupuk kerjasama dan inovasi.”

Selain daripada merungkai ciri-ciri persekitaran kerja masa depan, Indeks Trend Kerja turut mengenal pasti lima strategi bagi pemimpin perniagaan sambil mereka melaksanakan perubahan yang diperlukan:

  • Merangka rancangan untuk memperkasakan kakitangan untuk bekerja dengan cara yang sangat fleksibel
  • Melabur dalam ruang dan teknologi untuk merapatkan jurang antara dunia fizikal dan digital
  • Mengatasi keletihan digital dari peringkat atasan
  • Mengutamakan pembinaan semula modal sosial dan budaya
  • Menilai semula pengalaman kakitangan untuk bersaing mendapatkan kakitangan berbakat yang terbaik dan terpelbagai

Untuk membaca hasil penemuan lengkap, kunjungi Worklab, sebuah penerbitan digital Microsoft mengenai masa depan kerja.

 


Survey methodology

The Work Trend Index survey was conducted by an independent research firm, Edelman Data x Intelligence, among 31,092 full-time employed or self-employed workers across 31 markets between January 12, 2021 to January 25, 2021. This survey was 20 minutes in length and conducted online, in either the English language or translated into a local language across markets.

At least 1,000 full-time workers were surveyed in each market including Malaysia. Each market was sampled to be representative of the full-time workforce across age, gender, and region across a mix of work environments (remote vs. non-remote, office settings vs. non-office settings, etc.), industries, company sizes, tenures, and job levels.

Markets surveyed include: Argentina, Australia, Brazil, Canada, China, Colombia, Czech Republic, Finland, France, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Italy, Japan, Malaysia, Mexico, Netherlands, New Zealand, Philippines, Poland, Singapore, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, United Kingdom, United States, and Vietnam. For the global results, click here.

Privacy approach

Microsoft takes privacy seriously. We remove all personal and organization-identifying information, such as company name, from our data before analyzing it and creating reports. We never use customer content — such as information within an email, chat, document, or meeting — to produce reports. Our goal is to discover and share broad workplace trends that are anonymized by aggregating the data broadly from those trillions of signals that make up the Microsoft Graph.

Mengenai WorkLab

WorkLab ialah sebuah penerbitan digital Microsoft yang bertujuan meninjau dan menyelami masa depan kerja, berlandaskan penyelidikan dan pengajaran daripada pandemik COVID-19. Dengan menggabungkan maklumat berlandaskan sains dan kisah-kisah yang bermakna dan meyakinkan tentang bagaimana kerja sedang berubah, misi WorkLab ialah untuk memulakan perbincangan yang lebih meluas tentang masa depan kerja dan dalam pada itu membantu pelanggan.