Announcing Microsoft Copilot, your everyday AI companion
September 23, 2023
Game-changing technology for software architects: Meet Parallels Desktop
September 26, 2023

Mengumumkan Microsoft Copilot, teman AI harian anda

Read the English version here

  • Microsoft Copilot sedia menjadi teman AI baharu anda dalam Windows 11, Microsoft 365, pelayar Edge dan carian Bing. 
  • Versi Windows 11 baharu yang dikemas kini menawarkan hampir 150 ciri baharu termasuk membawa kelebihan Copilot kepada komputer peribadi (PC). 
  • Pengalaman membeli-belah pacuan AI baharu dan Bing Chat Enterprise yang dikemas kini.  
  • Microsoft 365 Copilot disediakan untuk pelanggan perusahaan pada 1 November, bersama Microsoft 365 Chat, pembantu AI yang akan mengubah cara kerja anda.  
  • Peranti Surface baharu bakal menzahirkan pengalaman luar biasa AI Microsoft . 

Asia Pasifik, 22 September 2023 –Microsoft telah mengumumkan pelancaran Microsoft Copilot di sebuah acara gilang-gemilang di New York. Teman AI serba maju ini direka cipta untuk mencetus revolusi dan mempelopori cara kita berinteraksi dengan teknologi dan meningkatkan produktiviti. Penyelesaian tersebut akan disediakan dalam Windows 11, Microsoft 365, Edge dan Bing untuk membawakan pengalaman berlandaskan AI yang lancar dalam pelbagai aplikasi dan peranti. 

Microsoft juga mengumumkan beberapa ciri-ciri dan peranti baharu yang menarik untuk membantu anda menjadi lebih produktif, membangkitkan kreativiti, dan memenuhi keperluan harian individu dan perniagaan. 

“Kita kini memasuki era baharu AI, yang mengubah sama sekali cara kita berhubung dengan dan memanfaatkan teknologi. Menerusi gabungan antara chat dan model bahasa berskala besar, anda kini boleh bertanya dan meminta apa yang anda mahu dalam bahasa biasa dan teknologi yang tersedia sudah cukup pintar untuk menjawab soalan tersebut, menghasilkan apa yang dikehendaki atau mengambil tindakan yang sewajarnya. Di Microsoft, kami menganggapnya seperti menyediakan seorang copilot  untuk membantu melaksanakan sebarang tugas,” kata Yusuf Mehdi, Naib Presiden Korporat & Ketua Pegawai Pemasaran Pengguna, Microsoft. 

Pengumuman Penting: 

  • Microsoft Copilot – Keupayaan AI Microsoft telah disatukan dalam satu pengalaman yang dinamakan Microsoft Copilot, teman AI anda setiap hari. Copilot akan mengambil kira konteks dan menggabungkan kebijaksanaan web, data kerja dan aktiviti yang anda lakukan menggunakan PC pada waktu itu dengan cara yang unik untuk memberikan bantuan yang lebih baik – sambil mengutamakan privasi dan keselamatan anda. Pengalaman yang disediakan lebih mudah dan lancar, dan akan diberikan secara percuma menerusi Windows 11, Microsoft 365, dan dalam pelayar web kami, iaitu Edge dan Bing, sebagai aplikasi, akan muncul bila-bila anda memerlukan bantuannya dengan satu klik butang kanan. Pada dasarnya, Copilot berperanan sebagai pembantu AI yang sedia menemani anda dalam pelbagai aktiviti kehidupan anda, dan akan mula dilancarkan dalam versi awal menerusi edisi Windows 11 yang seterusnya, bermula pada 26 September. 
  • Windows 11 Dikemas Kini – Lebih 150 ciri baharu yang disediakan akan membolehkan anda untuk mereka cipta dengan lebih pantas, menyiapkan kerja dengan mudah dan mengurangkan beban kognitif anda—lantas menyenangkan segala tugasan yang rumit. Antara penambahbaikan lain termasuk Outlook baharu untuk Windows, yang disepadukan dengan Copilot, keupayaan baharu dalam Paint dan Photos yang ditambah baik dengan AI, Clipchamp dan Notepad yang dipertingkatkan, File Explorer yang dimodenkan dan suara semula jadi baharu dalam Narrator untuk meningkatkan kebolehcapaian dan produktiviti. Semua pembaharuan ini akan menjadikan Windows pilihan utama untuk menikmati pengalaman AI terbaik dan akan diperkenalkan pada 26 September sempena pelancaran Windows 11, versi 22H2 yang dikemas kini.  
  • Ciri baharu dalam Bing dan Edge – Antara ciri-ciri yang diperkenalkan termasuk jawapan disesuaikan secara peribadi yang dihasilkan berdasarkan sejarah perbualan dalam aplikasi sembang, model DALL.E yang dipertingkatkan daripada OpenAI dalam Bing Image Creator dan Tanda Nama Kandungan baharu yang menggunakan kaedah kriptografi untuk menambah tera air digital tersembunyi dalam semua imej yang dijana oleh AI dalam Bing, termasuk masa dan tarikh asal penciptaan. Anda boleh menggunakan Bing Chat hari ini dengan Microsoft Edge atau di bing.com/chat. Ciri-ciri ini akan mula dilancarkan tidak lama lagi. 
  • Copilot dalam Microsoft Shopping – Bing dan Edge kini boleh memberikan cadangan pembelian berpacukan AI yang lebih mengikut kesesuaian dan harga terbaik berdasarkan permintaan anda. Tidak lama lagi, anda juga boleh menggunakan foto atau imej yang disimpan sebagai titik permulaan untuk membeli-belah.  
  • Bing Chat Enterprise Dikemas Kini – Lebih daripada 160 juta pengguna Microsoft 365 kini sudah mempunyai akses Bing Chat Enterprise tanpa kos tambahan dan malah Bing Chat Enterprise kini disediakan dalam aplikasi mudah alih Microsoft Edge. Carian visual berbilang mod dan Image Creator juga akan disertakan untuk meningkatkan kreativiti di tempat kerja. 
  • Microsoft 365 Copilot untuk Perusahaan – Akan disediakan secara umum untuk pelanggan perusahaan mulai 1 November 2023, bersama Microsoft 365 Chat, pembantu AI baharu yang akan mengubah sama sekali cara anda bekerja. 
  • Microsoft 365 Copilot untuk Pengguna – Designer akan disepadukan dengan Microsoft 365 CoPilot untuk pengguna peribadi, bermula dengan Word. Designer membantu anda mengubah dokumen teks berat dengan menggunakan grafik khusus, mencipta visual yang menakjubkan, hantaran media sosial, jemputan dan banyak lagi menggunakan ciri-ciri AI yang serba canggih.  
  • Peranti Surface Baharu – Peranti Surface dilancarkan dengan inovasi AI terkini untuk orang ramai dan perniagaan termasuk: 
  • Surface Laptop Studio 2 baharu ialah Surface paling hebat yang pernah kami bina, dipacu oleh pemproses Intel® Core terkini dan alat NVIDIA® Studio serba maju untuk para pereka cipta. Surface Laptop Studio memberikan fleksibiliti untuk mencipta serta kuasa untuk mempersembahkan hasil ciptaan — dengan skrin sentuh PixelSense Flow 14.4″ yang menakjubkan dan reka bentuk fleksibel dengan tiga kedudukan unik.  
  • Surface Laptop Go 3 baharu ialah Komputer Riba Surface yang paling ringan dan mudah alih. Dengan skrin sentuh dan pelbagai ciri premium seperti pengalaman menaip yang luar biasa dan Butang Kuasa Cap Jari, peranti ini boleh didapati dalam empat warna bergaya. Dipacu keupayaan Intel® Core i5, hayat bateri sepanjang hari, dan pilihan RAM dan simpanan yang mantap, sesungguhnya sebuah komputer riba kegunaan harian dan peranti terbaik bagi memanfaatkan pelbagai alatan AI terkini daripada Microsoft dan industri. 
  • Surface Go 4 for Business ialah Surface 2-dalam-1 yang yang boleh dikatakan paling mudah alih. Surface Go baharu akan disediakan secara eksklusif untuk organisasi dan meneruskan momentum kukuh yang menyaksikannya digunakan dalam kerja barisan hadapan dan pendidikan. 
  • Surface Hub 3 adalah peranti kolaborasi utama yang direka khas untuk kerja hibrid, direka sepenuhnya oleh Microsoft. Kini, peranti ini akan menjalankan pengalaman Microsoft Teams Room pada skrin cemerlang 50” atau 85” dan membawa cara-cara baru untuk bekerjasama dengan alat-alat kolaborasi yang diperkaya AI. 
  • Pemegang Pen Mudah Suai yang boleh dicetak 3D untuk Pen Surface telah ditambah kepada rangkaian aksesori mudah suai kami, membolehkan lebih ramai orang menggunakan ciri dakwat dan penciptaan digital berbanding sebelum ini. 

Microsoft ialah titik tumpuan pengalaman AI yang hebat dan berguna disepadukan – dengan mudah, selamat dan bertanggungjawab – ke dalam produk yang paling banyak anda gunakan. Daripada Windows 11 yang membawakan pengalaman AI terbaik untuk memperkasakan insan di pejabat, sekolah dan rumah; kepada Microsoft 365, perisian produktiviti yang paling dipercayai di muka bumi; dan juga Bing dan Edge, enjin carian dan pelayar yang paling inovatif. Kesemuanya digabungkan dalam PC Windows 11 seperti Surface, sambil memaparkan Copilot yang akan membantu anda menyempurnakan tugasan anda, membolehkan anda  mereka cipta dan terus terhubung dengan orang-orang tersayang atau dunia luar.  

Lawati Microsoft.com untuk maklumat lanjut mengenai produk baru hari ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengumuman ini juga, layari blog rasmi Microsoft, blog Microsoft 365, dan blog Keselamatan untuk maklumat tambahan, video, dan bahan berkaitan dengan pengumuman hari ini di laman mikro kami.