Microsoft and Lee Kuan Yew School of Public Policy launch APAC Leaders Digital Alliance
December 1, 2021
NetApp Delivers Award-Winning Innovation to Enable Digital Transformation on AWS
December 1, 2021

Microsoft dan Lee Kuan Yew School of Public Policy Lancarkan Perikatan Digital Pemimpin APAC

Konsortium himpun pemimpin sektor awam dan swasta dari tujuh negara untuk terokai dasar mendahulukan awan dan asli digital untuk pertumbuhan ekonomi inklusif

Asia Pasifik, 1 Disember 2021 – Lee Kuan Yew School of Public Policy (Pusat Pengajian Dasar Awam Lee Kuan Yew) di National University of Singapore dan Microsoft telah melancarkan Perikatan Digital Pemimpin Asia Pasifik (APAC Leaders Digital Alliance) hari ini.

Berlandaskan tema Digital Demi Pertumbuhan: Memanfaatkan Kuasa Data bagi Menjana Pemulihan Negara, mesyuarat pertama ini disertai oleh para penggubal dasar dari Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam dan juga ahli-ahli akademik dan pakar-pakar bidang terkemuka dari National University of Singapore, Bank Dunia, IDC, dan Microsoft.

Dialog ini meneroka pendekatan menyeluruh kepada usaha pendigitalan dan dasar-dasar yang perlu dipertimbangkan bagi melaksanakan proses pembuatan keputusan berasaskan data. Para pemimpin sektor awam global dan serantau juga berkongsi perspektif masing-masing mengenai masa depan kerja dan keperluan kritikal bagi kemahiran digital dalam perkhidmatan awam.

“Ini ternyata detik yang amat bermakna. Ini merupakan jenis kerjasama yang pertama bagi kami di Microsoft. Negara-negara APAC jelas telah menyaksikan peranan penting teknologi dalam mencipta peluang pekerjaan, mengekalkan daya saing, dan menjamin kesinambungan perniagaan dan ekonomi di tengah-tengah pandemik. Di APAC, kami menzahirkan agenda mendahulukan digital ini di kebanyakan pasaran kami. Pada awal tahun ini, kami melancarkan inisiatif Berdayakan Indonesia dan Bersama Malaysia untuk menyokong pelan transformasi digital kebangsaan negara-negara tersebut. Sebahagian daripada usaha ini, kami bertekad untuk memahirkan berjuta-juta orang di kedua-dua negara tersebut. Inilah masa terbaik untuk menghimpunkan para pemimpin kerajaan bagi merancang fasa pemulihan ekonomi dan membina daya tahan APAC,” kata Jean-Philippe Courtis, Naib Presiden Eksekutif dan Presiden, Kerjasama Transformasi Kebangsaan, Microsoft.

“Teknologi adalah kunci kejayaan bagi Malaysia untuk mencapai pemulihan ekonomi selepas Covid-19. Sambil kadar penggunaan digital terus meningkat dengan ketara di seluruh negara dan serata APAC, satu usaha bersepadu diperlukan oleh para pembuat keputusan sektor awam dan juga swasta untuk menggalakkan penggunaan terangkum pada masa depan. Di Malaysia, tema perkongsian menjadi tumpuan inisiatif Bersama Malaysia dan menerusi usaha ini, kami telah menubuhkan Majlis Kepimpinan Perikatan MyDigital untuk bersama-sama merangka dasar ‘cloud-first’ (mendahulukan awan) dan ‘digital-native’ (asli digital) demi kemajuan negara. Kami teruja untuk melihat tema perkongsian ini dilanjutkan kepada jiran-jiran di rantau ini menerusi Perikatan Digital Pemimpin APAC, bagi memacu perubahan sebenar dan positif,” kata K Raman, Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia.

Meningkatkan daya tahan dan pemulihan negara dengan teknologi Awan dan Kecerdasan Buatan

Dalam tinjau selidik yang dikendalikan baru-baru ini oleh Economist Intelligence Unit, 8 daripada 10 responden kerajaan telah memerhatikan peningkatan dalam pelaburan digital sejak pandemik.  Mereka mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh transformasi digital untuk memastikan rakyat selamat dan sihat, dengan pandemik jelas menekankan betapa pentingnya usaha ini.

“Pandemik global ini menekankan salah satu daripada trend asas yang paling ketara dan secara tidak disedari sudah menjadi kebiasaan dalam hidup kita: Kepentingan menerima pakai pendigitalan secara lebih meluas. Dunia menuju ke arah ini bukan sahaja kerana gangguan kepada kesihatan awam, tetapi juga kerana faktor ekonomi dan sosial semasa. Untuk berkembang maju, kita perlukan cara baharu untuk membina kepercayaan dan kerjasama antara pemimpin sektor swasta dan perkhidmatan awam. Perikatan Digital Pemimpin APAC melakukannya dengan memanfaatkan ilmu dan pemikiran mendalam pakar-pakar,” kata Danny Quah, Profesor Ekonomi Li Ka Shing dan Dekan, Lee Kuan Yew School of Public Policy, NUS.

Kajian kepentingan transformasi yang dijalankan oleh The Economist mendedahkan bahawa di APAC, teknologi yang memacu pemulihan ekonomi terus menjadi keutamaan kerajaan dan organisasi di seluruh rantau. Agensi kerajaan yang sudah bersedia dari segi digital akan dapat mengatasi kemelut dan cabaran yang timbul daripada pandemik. Pelaburan dalam transformasi digital akan membina ketahanan operasi kerajaan dan memastikan agensi-agensi bersiap sedia menghadapi sebarang senario masa depan.

Gerald Wang, Ketua Sektor Awam IDC Asia Pasifik berkata, “Pada hari ini, banyak negara, bandar raya dan komuniti menceburi ekosistem digital yang belum pernah diterokai sambil membuka sempadan secara berhati-hati. Penggunaan digital secara meluas oleh sektor perkhidmatan awam dalam tempoh 2 tahun lepas adalah sesuatu yang luar biasa. Sambil kita beralih ke 2022, perbincangan antara pemimpin dunia meliputi tiga bidang penting iaitu keselamatan, krisis rantaian bekalan, dan kelestarian. Malah para pemimpin IT seharusnya mempertimbangkan perkara berikut: Kemahiran dan kesedaran digital menerusi dasar dan peraturan awam; tadbir urus aset digital; pelaburan digital dan ukuran prestasi yang boleh dijejak bagi pengguna dan akauntabiliti pembayar cukai; dan inovasi yang berterusan menerusi teknologi baru muncul seperti 5G, perkomputeran awan generasi akan datang, keselamatan siber, blok rantai (blockchain), AR/VR, IoT dan perkomputeran pinggiran dan perkomputeran kuantum.”

Menyusun langkah seterusnya bagi Perikatan Digital Pemimpin APAC

Berasaskan kefahaman dan cadangan yang dikongsi bersama dalam dialog pertama ini, Lee Kuan Yew School of Public Policy dan School of Continuing and Lifelong Education di National University of Singapore akan menyediakan kertas yang memberi tumpuan kepada pemulihan negara dan ekonomi digital.  Kertas yang akan diterbitkan pada awal 2022 ini bertujuan menjadi peta hala tuju bagi negara-negara peserta untuk mempercepatkan langkah seterusnya yang perlu diambil bagi merangsang pemulihan ekonomi dan penyepaduan digital.

“Sambil negara-negara kita melangkah maju dalam dunia pasca pandemik, Microsoft komited untuk menyokong kerajaan-kerajaan di rantau ini sebagai penasihat dan pembekal teknologi strategik yang boleh dipercayai sambil mereka memanfaatkan kuasa Awan dan AI untuk mencapai pemulihan ekonomi dan membina daya tahan negara. Lebih penting lagi, menerusi kerjasama dengan Lee Kuan Yew School of Public Policy dan School of Continuing and Lifelong Education di National University of Singapore, kami boleh membawakan ekosistem untuk kerjasama yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta. Usaha ini akan memperkasakan kami untuk merencanakan semula masa depan dan menyelesaikan salah satu cabaran paling besar yang kami lihat di negara-negara kami,” kata Courtois.

Perikatan Digital Pemimpin APAC akan sekali lagi bertemu pada bulan Jun 2022 untuk mesyuarat dwitahunan seterusnya bagi meneruskan dialog dan mencorakkan persekitaran tempatan demi tindakan dan perubahan jangka panjang.

 


Mengenai Microsoft

Microsoft (Nasdaq “MSFT” @microsoft) mendorong pelaksanaan transformasi digital dalam era perkomputeran awan dan pinggiran serba pintar. Misinya ialah untuk memperkasakan setiap insan dan setiap organisasi di muka bumi ini untuk mencapai lebih lagi.

Mengenai Lee Kuan Yew School of Public Policy

Lee Kuan Yew School of Public Policy (Pusat Pengajian Dasar Awam Lee Kuan Yew) ialah sebuah pusat pengajian lepasan ijazah profesional dan berautonomi di National University of Singapore. Misinya ialah untuk mendidik dan melatih penggubal dasar dan pemimpin, dengan matlamat menaik taraf tadbir urus di seluruh rantau serta menambah baik kehidupan insan, dan seterusnya menyumbang kepada transformasi Asia dan menjangkauinya. Selain daripada program Sarjana dan PhD, LKYSPP menawarkan Program Eksekutif bermutu tinggi yang tersesuai, yang memenuhi keperluan pengurus kanan dan profesional yang kesuntukan masa, dengan matlamat menghasilkan penyelesaian kreatif untuk menangani cabaran pengurusan dan kepimpinan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Microsoft Asia Pacific
Supriya Addanki
supriya.addanki@microsoft.com

Lee Kuan Yew School of Public Policy

Alan Ho
Penolong Pengurus
alan.ho@nus.edu.sg
Edelman bagi Microsoft APAC
Amanda Sng
amanda.sng@edelman.com
  Monica Khoo
Pengarah Sekutu
monica-khoo@nus.edu.sg