Microsoft Malaysia strengthens leadership team to drive customer success
January 13, 2021
Fox Technologies – Technology Integrations
January 13, 2021

Microsoft Malaysia perkukuh teraju kepimpinanan untuk pacu kejayaan pelanggan

Mazhar Zoaib dilantik sebagai Pengurus Besar Kejayaan Pelanggan Microsoft Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Jan 2021 – Microsoft Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Mazhar Zoaib Ali sebagai Pengurus Besar Kejayaan Pelanggan, jawatan yang baru diwujudkan untuk memperkukuh pasukan kepimpinan kanan syarikat.

Dalam tugas ini, Mazhar memainkan peranan penting untuk menyokong pelanggan dalam usaha mereka mencapai transformasi digital dan memastikan mereka memanfaatkan sepenuhnya nilai pelaburan mereka dalam produk dan perkhidmatan Microsoft. Dalam suasana di mana pelanggan terus mempelopori inovasi pada kadar yang sukar dibayangkan, Mazhar memimpin anggota pasukan yang berkemahiran teknikal teknikal tinggi, bagi menerajui perjalanan digital pelanggan dan menzahirkan penyelesaian Microsoft dalam empat bidang penyelesaian: Tempat Kerja Moden, Aplikasi Perniagaan & Infrastruktur, dan Data & Kecerdasan Buatan.

Mazhar ialah profesional IT yang berwibawa dan mempunyai pengalaman 20 tahun berkhidmat di pelbagai tempat dalam bidang penyelesaian awan, perisian dan perkakas perusahaan dengan kemahiran teknologi dan pengetahuan rentas industri. Beliau telah menyandang pelbagai jawatan, daripada latihan kepada sokongan teknikal, pangkalan data dan pengurusan infrastruktur, reka bentuk seni bina penyelesaian dan jualan produk teknologi berasaskan rundingan.

“Sepanjang kerjaya, saya telah melihat kesan besar yang dibawakan oleh teknologi dalam memperkasakan insan dan perniagaan untuk berkembang maju dan menyesuaikan diri demi meningkatkan inovasi dan produktiviti. Sambil organisasi di Malaysia meningkatkan momentum awan, saya teruja dengan peluang perniagaan yang wujud sambil kita bersama-sama menggalakkan pertumbuhan digital,” kata Mazhar.

Sebelum menyertai Microsoft, Mazhar telah berkhidmat selama lebih daripada 14 tahun dengan Oracle. Dalam tugasnya sebelum ini, Mazhar bertugas dengan pasukan Hab Kejuruteraan Awan APAC Oracle, di mana beliau mengetuai sekumpulan arkitek awan, jurutera dan pengurus kejayaan pelanggan yang memberi tumpuan terhadap usaha berkongsi ilmu, memberi khidmat nasihat, melaksanakan, mengguna pakai dan meluaskan portfolio penyelesaian IaaS dan PaaS di ASEAN, Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand. Dalam selang masa antara perkhidmatannya dengan Oracle, Mazhar juga pernah bekerja dengan Microsoft Malaysia pada 2014 sebagai Pakar Penyelesaian Platform Data.

Mengenai langkahnya kembali ke pangkuan Microsoft, Mazhar menambah, “Saya rasa berbangga untuk menyertai Microsoft buat kali kedua. Wawasan, pendekatan bertumpukan pelanggan dan inovasi meluas Microsoft adalah antara sebab yang menjadikannya salah satu jenama paling menarik di dunia untuk membina kerjaya bersama. Saya tidak sabar-sabar untuk berganding bahu dengan pasukan saya untuk mempercepatkan kejayaan digital pelanggan kami.”

K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia berkata Microsoft komited mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan terhubung menerusi jawatan baharu tersebut. “Unit Kejayaan Pelanggan merupakan peranan yang baru diwujudkan sebagai sebahagian daripada komitmen Microsoft untuk membawakan pengalaman pelanggan luar biasa, mengukuhkan peranan Microsoft sebagai rakan teknologi dipercayai dalam usaha pelanggan memodenkan dan mencetus transformasi dalam organisasi mereka.”

Beliau menambah bahawa kewibawaan dan kepakaran Mazhar akan membantu membentuk pengalaman pelanggan yang menyeluruh. “Saya teruja dengan penyertaan Mazhar dalam pasukan kami. Dengan pengalaman luasnya, beliau amat memahami keperluan pelanggan dan juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan luar biasa. Beliau akan memastikan kami mampu menyediakan sokongan dan sumber yang cemerlang kepada pelanggan pada masa-masa sukar ini, lantas mengukuhkan lagi kejayaan transformasi digital mereka.”

Pelantikan Mazhar menyusuli dua pelantikan baharu dalam pasukan kepimpinan kanan Microsoft Malaysia – iaitu Millie Yong sebagai Pengarah Jualan Penyelesaian dan Azizah Ali sebagai Pengarah Kumpulan Kecil, Sederhana dan Korporat (SMC). Pelantikan tersebut adalah sejajar dengan tumpuan Microsoft untuk memantapkan dan mempercepatkan pertumbuhan digital pelanggan di Malaysia.

The post Microsoft Malaysia perkukuh teraju kepimpinanan untuk pacu kejayaan pelanggan appeared first on Microsoft Malaysia News Center.