New Surface Laptop 4 and Surface accessories now available in Malaysia
June 9, 2021
Why Every Midsize Business Needs a Security Strategy
June 9, 2021

Surface Laptop 4 baharu dan aksesori kini boleh didapati di Malaysia

MALAYSIA, 8 Jun 2021 – Microsoft hari ini mengumumkan bahawa Surface Laptop 4 dan aksesori Surface baharu kini boleh didapati secara umum di Malaysia menerusi wakil-wakil penjual komersial dan para peruncit sah pada harga bermula daripada RM4,599.00.

Direka khas untuk berfungsi dalam persekitaran kerja hibrid yang terangkum, Surface Laptop 4 baharu yang inovatif dan serba boleh serta aksesori PC bertujuan memperkasakan pengguna untuk menyesuaikan diri dengan cara bekerja baharu sambil mencipta dan menyerlahkan daya kreativiti masing-masing – di dalam dan di luar tempat kerja – untuk meningkatkan pencapaian.

“Kami sukacita untuk membawa Surface Laptop 4 dan aksesori PC ke Malaysia, meluaskan rangkaian produk dan penyelesaian inovatif bagi persekitaran hibrid. Surface Laptop 4 dengan aksesori baharu untuk mesyuarat dan kerjasama daripada Microsoft sedia memperkasakan pengguna untuk mencetus inovasi, melangkah maju dan mereka cipta dalam persekitaran kerja yang terus berubah. Rangkaian terbaharu kami menyediakan kemudahan pergerakan tambahan, prestasi lebih baik dan ciri-ciri keselamatan gred perusahaan untuk menyokong pengguna moden. Ini sekali gus membuktikan komitmen berterusan kami untuk menyokong pengguna sepanjang peralihan mereka kepada dunia pasca-pandemik,” kata Michal Golebiewski, Ketua Pegawai Pemasaran & Operasi, Microsoft Malaysia.

Surface Laptop 4

Surface Laptop 4

Surface Laptop 4 telah dioptimumkan untuk pengalaman Microsoft. Walaupun mengekalkan reka bentuk ikonik, perincian dan penggunaan bahan seperti model terdahulu, versi ini menyediakan paparan skrin sentuh berkontras tinggi 3:2 PixelSense yang tersendiri bagi model 13.5” atau 15”, dan juga speaker Dolby® Atmos™ Omnisonic.  Pengguna dapat menikmati pengalaman seperti di pawagam untuk tontonan filem dan rancangan kegemaran mereka dalam suasana selesa di mana-mana sahaja.

Surface Laptop 4 juga dilengkapi kamera HD menghadap depan dengan keupayaan luar biasa dalam cahaya rendah dan susunan mikrofon studio, untuk pengalaman mesyuarat lebih baik semasa bekerja. Di samping itu, pad jejak besar dengan sokongan gerak isyarat membolehkan pengguna menyesuaikan diri dengan mudah kepada kaedah kerja pilihan masing-masing.

Disediakan dengan pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-11 atau pemproses mudah alih AMD Ryzen™ dengan Radeon™ Graphics Microsoft Surface® Edition (8 teras), peranti ini diperkasakan untuk memenuhi permintaan moden menyempurnakan berbilang tugasan baik di pejabat mahupun di ruang tamu, kedai kopi atau bilik darjah.

Dirangka untuk memenuhi keperluan keselamatan pelanggan kami, Surface Laptop 4 juga menawarkan tahap keselamatan luar biasa dengan menggabungkan ciri-ciri keselamatan perkakasan, perisian tegar, perisian biasa dan perlindungan identiti. Para pengguna boleh mengawal maklumat sensitif dengan menyimpan data dalam cakera keras boleh alih[1] dan mendapatkan tahap keselamatan dan kawalan lebih tinggi dengan kaedah penggunaan dan pengurusan peranti yang mendahulukan awan, sehinggalah ke peringkat perisian tegar.

Peranti ini disediakan dalam warna Alcantara (Platinum) atau kemasan logam (Hitam dan Platinum) untuk model terpilih.

Modern USB & Wireless Headset Microsoft

Microsoft Modern Headsets

Modern Headset (set kepala) Microsoft, yang diperakui untuk Microsoft Teams, membolehkan pengguna meningkatkan tumpuan sambil menyediakan privasi panggilan dalam ruang kerja yang dikongsi bersama. Pengguna boleh menyertai mesyuarat dengan mudah atau menjawab panggilan dengan butang khas Teams, dan sentiasa mengawal keadaan dengan butang senyap (mute) fizikal dan petunjuk senyap LED. Dengan ciri-ciri baharu ini, pengguna boleh meningkatkan tumpuan dan privasi semasa panggilan tanpa mengira lokasi mereka.

Modern USB-C Speaker Microsoft

Microsoft Modern USB-C Speaker.

Dilengkapi dengan kawalan intuitif yang sama seperti Modern USB Headset dan diperakui untuk Microsoft Teams, Speaker Modern USB-C baharu ialah teman audio yang memenuhi keperluan anda semasa bekerja. Alat ini menawarkan audio bermutu tinggi untuk mesyuarat, panggilan dan mendengar muzik secara santai. Ia dilengkapi pemacu speaker penuh bertenaga, dwimikrofon, dan kawalan dan petunjuk intuitif. Reka bentuknya yang padat, dengan ruang simpanan dawai bersepadu, mengambil hanya sedikit ruang di atas meja, menjadikannya cukup mudah dibawa ke mana sahaja anda pergi.

Modern Webcam Microsoft

Microsoft Modern Webcam

Kajian mendapati bahawa peserta mesyuarat lebih melibatkan diri apabila diberi peluang berhubung secara visual menerusi kamera semasa bekerja dari jauh. Modern Webcam Microsoft menyediakan kemudahan persidangan video bermutu tinggi dan boleh dipercayai untuk menambah baik atau meningkatkan keupayaan PC sedia ada anda dengan pengalaman yang disesuaikan khas untuk Microsoft Teams. Kamera web ini boleh disambungkan dengan mudah kepada skrin, laptop atau tripod anda untuk membawakan video 1080p, HDR, dan medan pandangan 78° yang dioptimumkan untuk mesyuarat.  Ciri True Look juga memastikan penampilan terbaik pengguna dengan keseimbangan putih automatik, pelarasan cahaya automatik dan pengemasan wajah.

Kamera web ini juga mempunyai penutup privasi yang sedia terbina dengan petunjuk LED yang boleh dibuka dan ditutup dengan mudah oleh pengguna, mengikut kehendak mereka untuk muncul dalam kamera atau tidak.

Bekalan dan Harga

Pesanan awal Surface Laptop 4 boleh boleh dibuat mulai 19 Mei 2021 menerusi wakil penjual sah komersial seperti SoftwareONE dan Maxis; dan peruncit sah seperti All ITGloo by SNSHarvey NormanLazada-Microsoft Authorised storePC ImageSenhengShopee-Microsoft Authorised store and TMT by Thundermatch. Komputer riba ini juga akan disediakan kepada umum mulai 8 Jun 2021.

Peranti dan aksesorinya akan disediakan dalam konfigurasi berikut di Malaysia.

Pricing Table GE

[1] Peranti ini tidak mengandungi alat yang boleh disenggarakan pengguna. Cakera keras hanya boleh dialihkan oleh juruteknik sah mengikut arahan yang diberikan oleh Microsoft