Celcom accelerates digitalisation for Malaysian enterprises with cloud suite
January 21, 2021
Ipswitch, Inc. (part of Progress) – Technology Integrations
January 22, 2021

Surface Pro 7+ untuk Perniagaan: Dicipta khas untuk memperkasakan insan, kerjasama sepasukan dan bilik darjah dalam era digital

Surface Pro 7+ kini ditambah ke dalam rangkaian produk Surface for Business – peranti serba guna ini menawarkan tahap keterhubungan dan keselamatan yang diperlukan oleh perusahaan dan institusi pendidikan untuk menyesuaikan operasi kepada  persekitaran yang kian berubah

Tambahan lagi, Surface Hub 2S 85” akan mula dihantar kepada pelanggan komersial dan pendidikan di Malaysia

 Malaysia, 18 Januari 2021 – Microsoft hari ini telah memperkenalkan Surface Pro 7+ untuk Perniagaan bagi pelanggan komersial dan pendidikan di Malaysia untuk menyokong produktiviti perniagaan dan menggalakkan kesinambungan dalam persekitaran kerja jarak jauh dan hibrid. Peranti tersebut akan dibekalkan kepada Malaysia mulai 15 Januari 2021 menerusi Wakil Penjual Sah Surface, termasuk Software One. Surface Hub 2S 85” juga akan memasuki pasaran Malaysia pada 1 Mac 2021 menerusi Wakil Penjual Surface Hub CTC, ESCO, Software One, SRKK, Maxis Business, SNS Network dan Radiance Communications untuk menyokong usaha organisasi merapatkan jurang digital dan fizikal dalam persekitaran hibrid masa kini.

Ditawarkan pada harga bermula daripada RM4,115, Surface Pro 7+ akan menyediakan pilihan LTE Advanced kepada perniagaan kecil dan sederhana dan organisasi terbesar, untuk pekerja yang memerlukan sambungan Internet di rumah dalam keadaan lebar jalur Wi-Fi yang terhad atau daripada lokasi jarak jauh. Di samping itu, Surface Hub 2S 85” terbaharu, yang boleh didapati daripada harga RM105,959, akan memberikan fleksibiliti tambahan kepada pelanggan komersial untuk bekerjasama dan melaraskan operasi masing-masing untuk memenuhi keperluan di tempat kerja yang kian berubah.

 Surface bukan setakat satu peranti semata-mata — ia sedia menjadi pengupaya strategik bagi perniagaan. Kami komited untuk mereka bentuk teknologi yang menggalakkan produktiviti, kreativiti dan perhubungan demi memperkasakan orang ramai untuk berjaya.  Kami telah mengadakan perbincangan terperinci dengan ramai pelanggan kami tahun lepas, dan menyusuri perjalanan mereka berhijrah ke persekitaran kerja jarak jauh. Perbincangan tersebut, serta kajian menyeluruh yang dilaksanakan dan kerja yang dilakukan oleh kumpulan Sains Gunaan kami, telah membantu kami memahami keperluan mereka yang pesat berubah,” kata Michal Golebiewski, Ketua Pegawai Pemasaran & Operasi Malaysia. “Ini adalah sebahagian penting daripada proses pembangunan kami bagi Surface – memastikan suara pelanggan komersial bukan sahaja didengar tetapi diterapkan secara langsung ke dalam proses pembangunan produk kami.”

Microsoft merungkai empat penemuan penting dalam perbincangannya dengan pelanggan dan daripada hasil kajian yang dilaksanakan:

  1. Pekerjaan dan pembelajaran masa depan bersifat hibrid dan memerlukan lebih fleksibiliti: Pandangan tentang kerja jarak jauh telah berubah, 82% daripada pengurus berkata mereka akan merangka dasar kerja dari rumah lebih fleksibel pasca pandemik, dan 71% daripada kakitangan mahu terus bekerja dari rumah sekurang-kurangnya secara sambilan. Orang ramai berkongsi ruangan di seluruh rumah mereka dan bertukar lokasi sepanjang hari untuk kekal produktif dan memberi ruang kepada orang lain.
  2. Keterhubungan sangat penting kepada kelancaran operasi perniagaan: Memandangkan beberapa orang dalam sesuatu isi rumah kini bekerja dari rumah, timbul beban terhadap penggunaan lebar jalur – dan orang ramai kini lebih kerap menggunakan telefon mudah alih sebagai titik sambungan untuk mesyuarat dalam talian disebabkan sambungan Internet kurang baik.

Surface Pro 7+ untuk Perniagaan

Pro 7+

Surface Pro ialah peranti Surface yang digunakan secara paling meluas oleh pelanggan perusahaan dan pendidikan dan Microsoft terus mendapat ilham daripada cara pelanggan menggunakan Surface mereka. Dengan meneruskan bentuk ikonik Surface Pro, Microsoft memperkenalkan LTE Advanced sebagai pilihan dengan Surface Pro 7+. Ciri ini mendapat permintaan paling tinggi daripada pelanggan untuk memastikan orang ramai terus terhubung di rumah jika lebar jalur Wi-Fi terhad atau jika mereka berada di kawasan pedalaman.

Surface Pro 7+ juga dilengkapi dengan Pemproses Intel Core Generasi Ke-11, dengan prestasi 2.1 kali lebih pantas dan hayat bateri lebih lama sehingga 15 jam. Peranti ini menawarkan ciri serba guna yang diperlukan oleh warga kerja untuk bekerja di mana sahaja, pada bila-bila masa mengikut kemahuan mereka. Di samping itu, dengan menyediakan kedua-dua pangkalan USB-A dan USB-C, Surface Pro 7+ boleh dihubungkan kepada skrin luar dan memanfaatkan alat sokongan yang ada untuk mewujudkan stesen kerja lengkap. Microsoft juga telah menggabungkan kamera depan dan belakang ke dalam Pro 7+ dengan video HD penuh 1080p serta speaker Dolby Atmos dan dua Mikrofon Studio medan jauh supaya pengguna boleh dilihat dan didengar dengan jelas.

Surface Pro 7+ boleh didapati dalam pembungkusan komersial lestari yang ringan, iaitu  23% lebih ringan daripada generasi terdahulu dan diperbuat daripada 99% bahan berasaskan serat semula jadi, mengandungi bahan kitar semula yang pernah digunakan. Usaha terbaharu ini juga mencerminkan komitmen berterusan Microsoft ke arah kelestarian.

Surface Pro 7+ dengan konfigurasi Wi-Fi boleh didapati bermula pada harga RM4,115, manakala pilihan dengan sambungan LTE Advanced bermula pada harga RM5,314. Pelanggan komersial dan pendidikan di Malaysia boleh membuat pesanan Surface Pro 7+ menerusi wakil penjual komersial tempatan hari ini, dan akan mula dihantar mulai 15 Januari 2021.

 

Surface Hub 2S 85”

HUB 2S

Banyak organisasi kini menyedari kepentingan peralatan untuk kerjasama dengan skrin besar seperti Surface Hub untuk tenaga kerja hibrid. Surface Hub 2S 85” juga akan mula dibekalkan kepada pelanggan komersial dan pendidikan di Malaysia.

Surface Hub 2S 85” akan membolehkan pelanggan memanfaatkan kelebihan konfigurasi Windows 10 Pro dan Enterprise, mengupayakan mereka mengendalikan semua aplikasi penting kepada perniagaan menggunakan skrin sangat besar PixelSense 4K yang boleh disentuh dan menggunakan dakwat, audio dan video yang sesuai untuk Microsoft Teams, dan pelbagai sensor pada skrin.

Pelanggan komersial dan pendidikan di Malaysia boleh menempah Surface Hub 2S 85” menerusi wakil penjual komersial tempatan hari ini, bermula daripada harga RM105,969 dan akan dihantar mulai 1 Mac 2021.

 

Reka bentuk yang mengambil kira ciri-ciri keselamatan, penyebaran dan kemudahurusan

Surface Pro 7+ akan disediakan buat kali pertama dengan ciri-ciri keselamatan Windows Enhanced Hardware Security, yang sedia terpasang. Peranti boleh diuruskan dan dikemas kini menerusi awan dari saat alat dihidupkan dan sepanjang kitaran hayat peranti ini tanpa memerlukan sentuhan fizikal kakitangan bahagian IT. Pelanggan boleh menggunakannya dengan fikiran tenang kerana dilindungi dengan tahap keselamatan yang tinggi tanpa menjejaskan pengalaman kakitangan atau pelajar. Microsoft telah melakukannya menerusi penyepaduan lancar antara UEFI (BIOS moden), perisian untuk perkakas, dan susun atur sistem operasi Windows, dan telah berkongsi pelaksanaan Microsoft UEFI sebagai sistem sumber terbuka pada GitHub dalam Projek MU.

Surface juga akan menggunakan keupayaan penyebaran terkini Microsoft seperti Windows Autopilot untuk membolehkan peranti dihantar terus dari kilang ke rumah pelanggan dan sedia untuk digunakan dengan dasar keselamatan, aplikasi dan penetapan yang tersedia. Windows Autopilot memastikan pengguna boleh melayari Internet, berhubung dan bekerja secara produktif secepat mungkin dan mengenepikan keperluan untuk merangka peranti secara manual dan pengimejan semula oleh jabatan IT yang mengambil masa.

Akhir sekali, Microsoft menyedari betapa penting bagi pelanggan untuk mengawal data masing-masing. Surface Pro 7+ juga akan menyediakan SSD boleh ditanggalkan untuk penyimpanan data, bagi menyokong keperluan keselamatan dan privasi organisasi komersial dan pendidikan. Ciri-ciri ini menggabungkan perlindungan Microsoft BitLocker, memudahkan pelanggan untuk menyimpan data sensitif jika sesuatu berlaku kepada peranti mereka.

Surface
Surface Pro 7+ menyediakan SSD boleh ditanggalkan bagi menyimpan data, untuk memenuhi keperluan keselamatan dan privasi organisasi perniagaan dan pendidikan.

Maklumat lanjut tentang rangkaian Surface untuk Perniagaan yang terkini boleh didapati di sini.

+++

Peranti Surface terkini boleh didapati dalam konfigurasi berikut di Malaysia:

Model SRP (RM)
Surface Pro 7+

11th Gen Intel® Core i3, 8GB RAM, 128GB SSD – Platinum

11th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 128GB SSD – Platinum

11th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD – Platinum atau Hitam

11th Gen Intel® Core i5, 16GB RAM, 256GB SSD – Platinum

11th Gen Intel® Core i7, 16GB RAM, 256GB SSD – Platinum atau Hitam

11th Gen Intel® Core i7, 16GB RAM, 512GB SSD – Platinum atau Hitam

11th Gen Intel® Core i7, 16GB RAM, 1TB SSD – Platinum

11th Gen Intel® Core i7, 32GB RAM, 1TB SSD – Platinum

11th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 128GB SSD dengan LTE Advanced – Platinum

11th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD dengan LTE Advanced – Platinum

11th Gen Intel® Core i5, 16GB RAM, 256GB SSD dengan LTE Advanced – Platinum

 

Aksesori

Penutup Jenis Surface Pro (Hitam)

Penutup Jenis Surface Pro dengan Cap Jari (Hitam)

Penutup Jenis Surface Pro Signature (Biru Ais, Merah Popi, Arang Cair)

Pen Surface (Perak, Hitam, Merah Popi, Biru Ais)

Tetikus Melengkung Surface (Kelabu Cair, Hitam, Biru Ais, Merah Popi)

 

Surface Hub 2S 85”

 

 

4,115

4,763

5,883

6,767

7,160

8,929

10,795

12,760

5,314

6,591

7,475

 

 

509

539

539

419

386

 

105,969

The post Surface Pro 7+ untuk Perniagaan: Dicipta khas untuk memperkasakan insan, kerjasama sepasukan dan bilik darjah dalam era digital appeared first on Microsoft Malaysia News Center.