Swipe to buy: How shifting consumer habits are changing Malaysia’s future for retail
July 14, 2021
Creating Worker Opportunity in a New Era of Automation: Autodesk Explores Skills Development & The Future of Work
July 14, 2021

Pembelian di hujung jari: Bagaimana peralihan tabiat pengguna mencorakkan masa depan peruncitan Malaysia

Dalam dunia norma baharu hari ini, boleh dikatakan tiada produk atau perkhidmatan yang tidak boleh dibeli dari Internet. Baik penghantaran makanan, barangan keperluan, pakaian, produk elektrik mahupun harta benda yang menelan belanja besar seperti kereta dan rumah – segalanya dijual di dalam talian.

Sepanjang tempoh setahun lepas, satu ‘lonjakan’ telah berlaku, dan kita telah melihat transformasi digital yang lazimnya mengambil masa dua tahun dicapai dalam hanya dua bulan. Di peringkat global, pembelian dalam talian telah meningkat dengan ketara. Malah jualan dalam talian mencecah hampir US$4.29 trilion tahun lepas.

Pertumbuhan ketara juga dilihat di Malaysia. Sejak 2015, pasaran e-dagang telah melonjak tiga kali ganda untuk melepasi US$3 bilion pada 2019. Nilai pasaran dijangka mencecah US$11 bilion pada 2025, dipacu oleh proses pendigitalan yang pesat di serata industri, dan juga kerjasama awam-swasta menerusi MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Walaupun ada segelintir peruncit yang menghadapi masalah mengikuti peralihan pantas kepada e-dagang, kami telah melihat banyak peruncit lain menerima pakai media dan platform baharu. Bukan setakat peruncit besar sahaja yang telah memulakan proses pendigitalan. Lebih banyak pemilik perniagaan kecil seperti restoran di kawasan kejiranan kita atau usahawan mikro yang berpejabat di rumah, kini pantas memanfaatkan e-dagang dan penyelesaian e-pembayaran, sambil berhubung dengan pelanggan dalam dunia digital menerusi  penstriman langsung dan paparan video, disebabkan keperluan semasa.

Pengguna telah mengubah tingkah laku pembelian masing-masing sambil mereka mencari tahap kemudahan dan nilai yang lebih tinggi. Pada masa lepas, rakyat Malaysia memang banyak bergantung kepada tunai. Tetapi masyarakat kita kini paling pantas mengguna pakai dompet mudah alih. Menurut satu laporan oleh ACI worldwide, jumlah transaksi dompet muda alih di Malaysia meningkat 171% pada 2020, dan transaksi pembayaran masa sebenar melonjak 864% berbanding 2019.

Menawarkan produk runcit menerusi e-dagang

r

Seperti ramai pengguna di mana-mana, saya sekeluarga kini jarang sekali mengunjungi kedai fizikal seperti dulu. Pengguna tidak lagi selesa pergi ke kedai dan kita boleh meramalkan lebih banyak peruncit kecil dan besar akan berhijrah ke dalam talian.

Tan Boon Ming, gedung kelengkapan elektronik sehenti Malaysia, menyedari perubahan permintaan ini. Hakikat ini mencetuskan dan memulakan proses transformasi digital sejak 2016, dengan bantuan Microsoft 365 dan Dynamics 365. Dengan capaian kepada data bersepadu masa sebenar di seluruh perniagaan, Tan Boon Ming dapat membangunkan sistem perakaunan dan pelaporan yang cekap, dengan keupayaan meninjau gudang dan inventori di samping menyediakan pengalaman pengguna yang konsisten. TBM bukan sahaja mampu mengendalikan gedung dalam talian dengan cekap semasa COVID-19, malah syarikat ini mencatatkan peningkatan jualan sebanyak lima kali ganda.

Malaysia Airports melancarkan shopMYairports, platform e-dagang pelancongan runcit pertama Malaysia, untuk memberi peluang kepada peniaga runcit di lapangan terbang mengembangkan pasaran menjangkaui sempadan kedai fizikal di sana dan seterusnya menggalakkan pemulihan perniagaan yang terjejas teruk akibat COVID-19. Platform ini, yang dipacu oleh Microsoft Azure, membolehkan pelanggan membeli produk khusus berkaitan pengembaraan tanpa kos duti di dalam talian.

Menagih kesetiaan pelanggan menerusi inovasi

Kesetiaan boleh diperolehi dengan pantas dan hilang dalam sekelip mata dalam persekitaran dan persaingan sengit masa kini. Peruncit hari ini perlu membezakan diri dan tawaran masing-masing. Mungkin apa yang diperlukan pada asasnya semudah memberi perhatian kepada keperluan pengguna dan juga kaedah pembelian dan perhubungan pilihan mereka.

Kami mahu menjadikan proses lebih mudah bagi perniagaan dan jenama untuk menyediakan pengalaman  yang lancar sepanjang proses yang dilalui pembeli. Kami bekerjasama dengan lebih daripada 2,000 rakan niaga untuk membantu organisasi dari semua saiz memenuhi matlamat digital masing-masing. Ini termasuk menyediakan tempat kerja produktif dan hibrid berasaskan kerjasama dan meningkatkan kesinambungan dan kecekapan perniagaan sambil mengurangkan kos operasi.

Sebagai contoh, salah satu daripada rakan niaga kami, WebBytes (Xilnex) menawarkan rangkaian menyeluruh sistem di tempat jualan (POS) bagi perniagaan runcit dan F&B, yang dilengkapi dengan aplikasi web dan mudah alih untuk menyediakan laporan perniagaan masa sebenar di hujung jari. Penyelesaian syarikat ini termasuk Kios Pesanan Sendiri, Pesanan QR, Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) dan Sistem Kesetiaan, yang dipacu oleh Microsoft Azure.

Di Microsoft, kami juga telah memperkenalkan Microsoft Cloud for Retail khas mengikut industri. Dengan perkhidmatan ini, sumber data terpelbagai merentasi rantaian nilai runcit disatukan dan diterjemahkan menjadi maklumat berguna yang boleh dimanfaatkan untuk menyediakan perkhidmatan dan tawaran tersesuai.

r

Sejak penularan pandemik COVID-19 serta perintah kawalan pergerakan dan sekatan yang dikenakan, tabiat tingkah laku pengguna tidak lagi sama seperti dulu. Peruncitan telah berubah buat selamanya.

Sambil kita terus ‘melonjak’ ke masa depan, kejayaan peruncit kita bergantung kepada keupayaan menjejak tingkah laku dan jangkaan pengguna hari ini yang pantas berubah. Usaha tersebut bermula dengan mengalihkan tumpuan operasi dan memanfaatkan peluang baharu bagi memenuhi keperluan dan pilihan pelanggan yang kian berkembang setiap hari.